Perkhidmatan Ubahsuai Rumah Untuk Kakitangan Kerajaan Malaysia Dengan Pembiayaan LPPSA Kali Ke-2

Buildwell Venture ialah syarikat ubahsuai rumah yang berdaftar dengan CIDB (CIDB Reg. No:0120200808-NS052171) dan SSM Malaysia, serta mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam membantu kakitangan kerajaan memiliki rumah impian mereka melalui pembiayaan penuh 100% dari LPPSA tanpa bayaran pendahuluan.

Kami pakar dalam menguruskan keseluruhan proses ubahsuai dari A hingga Z, termasuk:

  • Lawatan dan ukuran rumah

  • Penyediaan sebut harga rasmi mengikut format LPPSA

  • Pengurusan kelulusan pelan ubahsuai daripada Majlis Perbandaran

  • Urusan dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

  • Pemfailan dan pemantauan permohonan pembiayaan LPPSA

  • Penyelarasan dengan peguam dan arkitek yang berdaftar

Kami komited untuk memastikan pelanggan kami mendapat kelulusan pembiayaan LPPSA 100% bagi tujuan ubahsuai, dengan pengurusan profesional dan tanpa tekanan.


Syarat Kelayakan Pinjaman LPPSA Untukubahsuai Rumah

Syarat Kelayakan Pinjaman LPPSA Untukubahsuai Rumah

(Pembiayaan LPPSA Jenis 7)
Untuk melayakkan diri memohon pembiayaan LPPSA bagi tujuan ubahsuai rumah milik sendiri, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

Syarat Pemohon:

Syarat Pemohon:

  • Kakitangan kerajaan berjawatan tetap

  • Telah disahkan dalam jawatan

  • Masih mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan tempoh perkhidmatan sebelum bersara

  • Tidak pernah diisytihar bankrap

  • Rumah kediaman pertama mestilah dibeli melalui pinjaman LPPSA (sebelum ini dikenali sebagai BPP)

Syarat Hartanah:

Syarat Hartanah:

  • Rumah mestilah milik sendiri sepenuhnya atau nama pemohon tertera di dalam geran hak milik

  • Berstatus kediaman (bukan komersial atau industri)

  • Rumah telah siap sepenuhnya dan layak diduduki (bukan dalam pembinaan)

  • Jika rumah masih dalam pinjaman, ia mestilah dibeli menggunakan pinjaman LPPSA Jenis 1, 3 atau 5

Syarat Kerja Ubah Suai:

Syarat Kerja Ubah Suai:

  • Dilaksanakan oleh kontraktor berdaftar dengan CIDB dan SSM

  • Disertakan sebutharga rasmi

  • Pelan ubah suai mestilah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT/Majlis)


Kenapa Pilih Buildwell Venture?

Kami di Buildwell Venture komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam ubahsuai rumah khusus untuk kakitangan kerajaan Malaysia. Berikut adalah sebab kenapa pelanggan memilih kami:

Pengalaman hampir 10 tahun dalam industri pengubahsuaian rumah & pinjaman LPPSA

Pengalaman hampir 10 tahun dalam industri pengubahsuaian rumah & pinjaman LPPSA

Khidmat rundingan, lukisan pelan rumah & sebutharga adalah PERCUMA

Khidmat rundingan, lukisan pelan rumah & sebutharga adalah PERCUMA

Urusan lengkap dari A hingga Z – termasuk dokumen, permohonan, kelulusan Majlis & LPPSA

Urusan lengkap dari A hingga Z – termasuk dokumen, permohonan, kelulusan Majlis & LPPSA

Syarikat berdaftar dan diiktiraf oleh CIDB & SSM

Syarikat berdaftar dan diiktiraf oleh CIDB & SSM

Harga yang berpatutan dan mengikut bajet pelanggan

Harga yang berpatutan dan mengikut bajet pelanggan

Pasukan pekerja mahir dan berpengalaman dalam kerja-kerja ubah suai rumah kediaman

Pasukan pekerja mahir dan berpengalaman dalam kerja-kerja ubah suai rumah kediaman


Langkah Proses

Hubungi kami untuk semakan kelayakan percuma

Hubungi kami untuk semakan kelayakan percuma

Ukur rumah & sediakan sebutharga

Ukur rumah & sediakan sebutharga

Sediakan pelan dan dokumen sokongan

Sediakan pelan dan dokumen sokongan

Mohon kelulusan JPPH & LPPSA

Mohon kelulusan JPPH & LPPSA

Kerja ubah suai dijalankan selepas kelulusan

Kerja ubah suai dijalankan selepas kelulusan


Soalan Lazim (FAQ)

1. Berapa lama proses permohonan LPPSA untuk ubahsuai rumah?

Kebiasaannya, proses lengkap mengambil masa antara 3-5 bulan, bergantung kepada kelulusan pelan bangunan Majlis, semakan penilaian JPPH, dan kelulusan LPPSA.

2. Apa dokumen yang perlu disediakan untuk permohonan LPPSA Jenis 7?

Antara dokumen yang diperlukan ialah:

  • Salinan IC & slip gaji terkini

  • Surat pengesahan jawatan

  • Geran rumah (hak milik individu atau strata)

  • Sebutharga rasmi ubahsuai (borang 9)

  • Pelan ubahsuai yang diluluskan oleh PBT (Majlis)

  • Borang permohonan LPPSA

3. Adakah saya layak mohon jika rumah saya dibeli melalui pinjaman bank, bukan LPPSA?

Tidak layak. Pembiayaan LPPSA Jenis 7 hanya terbuka kepada rumah yang dibeli melalui pinjaman LPPSA (loan pertama).

4. Berapa nilai minimum kerja ubah suai untuk mohon pinjaman LPPSA?

Nilai kerja ubahsuai mestilah melebihi RM10,000, disokong dengan sebutharga rasmi daripada kontraktor berdaftar seperti Buildwell Venture.

5. Bolehkah saya mohon pinjaman LPPSA kali ke-2 walaupun pinjaman pertama masih belum habis bayar?

Ya, boleh. Asalkan pinjaman pertama adalah melalui LPPSA, dan baki bayaran masih dalam had kelayakan gaji semasa anda, anda boleh mohon pembiayaan kedua untuk tujuan ubahsuai rumah yang sama.

6. Adakah saya perlu lantik arkitek untuk permohonan ubahsuai?

Ya, jika kerja ubah suai melibatkan struktur utama atau penambahan bangunan, anda perlu lantik arkitek berdaftar untuk menyediakan pelan ubahsuai bagi kelulusan PBT. Kami di Buildwell Venture boleh bantu uruskan bahagian ini untuk anda.

7. Adakah rumah jenis kos rendah layak untuk pembiayaan ubahsuai LPPSA?

Layak jika rumah tersebut dibeli melalui LPPSA, hak milik berada atas nama anda, dan memenuhi syarat struktur (ada ruang untuk diubahsuai serta boleh diluluskan oleh PBT). Namun setiap kes dinilai secara individu.

8. Saya belum ada pelan ubahsuai, bolehkah saya mohon?

Boleh, kami akan bantu anda dari awal – termasuk menyemak rumah, menyediakan pelan dan lukisan, serta uruskan kelulusan Majlis dan dokumen sokongan sehingga permohonan LPPSA lengkap.

9. Saya sudah ubahsuai rumah tanpa kelulusan, bolehkah saya mohon LPPSA untuk 'claim' semula kos tersebut?

Tidak boleh. LPPSA hanya membiayai kerja ubahsuai yang belum dilaksanakan dan yang telah mendapat kelulusan awal daripada Majlis (PBT) dan LPPSA. Sebarang kerja yang telah siap tanpa kelulusan rasmi tidak layak untuk dibiayai semula oleh LPPSA. Namun, jika anda bersedia untuk merobohkan struktur yang dibina tanpa kelulusan dan membinanya semula mengikut prosedur yang betul, termasuk mendapatkan kelulusan Majlis dan pelan baru, maka anda boleh membuat permohonan semula mengikut syarat LPPSA.

10. Bolehkan saya buat ubahsuai dalaman sahaja, tanpa tambah struktur luar?

Tidak boleh. Untuk permohonan di bawah LPPSA Jenis 7, ubahsuai mestilah melibatkan penambahan struktur kekal pada rumah seperti binaan di bahagian hadapan, tepi atau belakang. Kerja ubahsuai hiasan dalaman tidak layak untuk dibiayai melainkan ia sebahagian daripada penambahan struktur luar yang diluluskan oleh Majlis.

11. Rumah belum ada CF (Sijil Siap & Pematuhan), boleh mohon?

Tidak boleh. Rumah yang belum ada CF atau tidak layak diduduki tidak memenuhi syarat pembiayaan LPPSA. CF adalah bukti rumah telah siap dan sesuai untuk didiami.

12. Adakah saya perlu hadir ke pejabat LPPSA atau boleh buat secara online?

Permohonan LPPSA kini boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian (online) melalui portal rasmi LPPSA. Kami akan bantu anda sediakan semua dokumen yang diperlukan dan pandu proses secara langkah demi langkah.

13. Negeri manakah yang diliputi oleh perkhidmatan Buildwell Venture?

Kami menawarkan perkhidmatan ubahsuai rumah dengan pembiayaan LPPSA di seluruh Malaysia, kecuali Sabah, Sarawak dan Terengganu buat masa ini. Namun, kami sedang dalam perancangan untuk meluaskan perkhidmatan ke negeri-negeri ini tidak lama lagi. Sila hubungi kami untuk senarai terkini kawasan yang kami liputi.


Testimoni Pelanggan


Azizul Dlm

5 months ago

(Translated by Google) The work is very good and well-done..the project was completed on time..Recommend

(Original)
hasil kerja sangat baik dan berkuali..projek siap pada masa yang ditetapkan..Recommend

Google logo
Nuraini Razali

5 months ago

Such a great service.... Trusted cmpny

Google logo
Mohd firdaus sharim

5 months ago

(Translated by Google) Good service, fast and easy to talk to.

(Original)
Servis baik, cepat dan boleh bawak bincang.

Google logo
Pang Kok foo

5 months ago

I am very satisfied with the work and actions taken.[highly recommend] good service dan good kontraktor

Google logo
angah open

5 months ago

(Translated by Google) I am very satisfied with the work and actions taken.

(Original)
Saya sangat berpuas hati kerjaΒ² dan tindakan yg di buat.

Google logo
Nor Edrin Adlina

5 months ago

Easy to discuss and share ideas for planning. Takes quick action and consistently provides progress updates from time to time.

Google logo
faizal Mohd

1 year ago

(Translated by Google) -efficient project management
- Skilled and efficient workers
- fast and efficient application process matters

(Original)
-pengurusan projek yang cekap
- pekerja2 yang mahir dan cekap
- urusan proses permohonan yang pantas dan efficient

Google logo
Yahya Sahari

1 year ago

Recommended and the workmanship has been good and profesional.

Google logo
Marhalina Halim

1 year ago

I highly recommend Buildwell Venture. Their work is outstanding, with top quality and great workmanship. They completed everything on time and exceeded my expectations. Thank you for your excellent service.

Google logo
Halo telco Tunetalk Seremban

2 years ago

Google logo
Koko Lao

3 years ago

Google logo
Calvin Sia

3 years ago

Google logo
Alex 1

3 years ago

Good service and very professional...Highly recommended

Google logo
Wan Haslina

3 years ago

(Translated by Google) Very best, good retailing, highly recommend πŸ‘πŸ½πŸ‘πŸ½πŸ‘πŸ½

(Original)
Sangat terbaik, retailing bagus , highly recommend πŸ‘πŸ½πŸ‘πŸ½πŸ‘πŸ½

Google logo
Chan Ian

3 years ago

It was very enjoyable to work with Buildwell. They patiently listens to my ideas and concerns and addresses them very well. Buildwell also guided me through each step of the renovation process to create my dream home. They has a wide range of knowledge and contacts that we appreciate as well. We would recommend working Buildwell Venture for home renovation projects! Glad to have settled for Buildwell Venture after exploring many different interior design firms.

Google logo
swea yi

3 years ago

High recommended. They are very professional and very efficient always attend to my request and fulfill all my requirement. Will definitely recommend to all my family and friends. Their works worth the money

Google logo
Cherry Choong

3 years ago

The best ID film I ever been! Thanks Swea mun and her team!

Google logo
Fiona Lee

3 years ago

Excellent service! Very professional and honest. Glad I chose this company. ☺️

Google logo
Reno Sweaen

3 years ago

Their employees are always on time, professional and responsive to get the job done in a timely manner. I definitely will highly recommend if you wish to have a wonderful renovation for your house. Most of their worker is more then 10 year experience in this industry which is very trustable and reliable. we will definitely look for them again for the further construction.

Google logo

Galeri Projek


Hubungi Kami

Semak kelayakan anda sekarang dan dapatkan sebutharga percuma.